Gegak gempita tepikan itu. Sudah! Jangan dipukul lagi belati itu. Ku faham. Ku akur. Sememangnya ku arif benar yang itulah mahumu. Terasa sepi dan ngilu tiapkali jiwa teringat. Ah! Kenapa mahu memaksa sekiranya itu bukan ketentuanNya? Hey, kenapa berbicara seolah orang tiada iman? Mana mungkin kau tahu itu bukan kehendakNya jua? TAPI, terlalu lama penderitaan ini. Bukan enteng cabaranMu ini. Sudah terlalu banyak jiwa dan hati terguris. Ku tak sanggup lagi. Mungkin ini masanya untuk terima seadanya. Bukan hakmu. Bukan milikmu. Takkan mungkin akan jadi kepunyaanmu. TITIK.
No comments:
Post a Comment